Friday, November 27, 2009

Tarikh akhir penghantaran permohonan geran SME Corp

Untuk makluman, tarikh akhir bagi semua penghantaran Permohonan Geran Bersamaan SME Corp melalui pos, serahan tangan dan secara on-line adalah pada 30 November 2009. Ini adalah untuk membolehkan proses penilaian dan kelulusan bagi permohonan sedia-ada dapat dilakukan sebelum pengenalan skim Bantuan Pembiayaan baru yang akan dilancarkan pada 2 Januari 2010.

MANIES- Jenama Produk Makanan Tradisional Malaysia

Resepi tradisional yang digunakan sejak 1950 ini, dijual pada harga runcit RM7.90 sekotak. Sebagai ahli persatuan PERDASAMA, MANIES kini berjaya mengembangkan kawasan pemasarannya dan membina rangkaian pembekal makanan Melayu Tradisional.
MANIES Usaha Enterprise merupakan syarikat pengeluar dan pembekal makanan tradisional Melayu yang beroperasi di Kampung Sinaran Baru Skudai, Johor. Syarikat yang ditubuhkan sejak 2007 ini mengeluarkan 3 produk utama iaitu Dodol berperisa Lemak/Durian, Kuih Sepit dan kuih siput dibawah jenama MANIES. Syarikat yang berkembang dibawah program Groom Big SIRIM ini berjaya menghasilkan dan menaiktaraf jenama kuih melayu Tradisonal melalui sentuhan resepi, pembungkusan dan pemasaran yang berkesan.
Pengusahanya Norhaja Masno berkata, produk MANIES merupakan makanan istimewa Melayu yang paling mendapat sambutan oleh masyarakat Malaysia dan sesuai untuk pelbagai majlis, cenderahati, koporat gift, dan musim perayaan. Disamping rasanya yang enak dan berkualiti, MANIES merupakan makanan alternatif kesihatan bagi menggantikan makanan segera. Produk yang ringkas, sedia dimakan, mudah untuk dihidangkan, Tanpa bahan pewarna dan pengawet, dan 100% keluaran produk Muslim Malaysia.
Dibawah jenama MANIES, nama makanan Tradisonal Melayu dipertingkan kepada Triangle Biscuit, Roll Biscuit, Sweet Malaysian Candy tanpa merubah keaslian makanan tradisonal Melayu ini.
Ketika ini, MANIES mudah didapati di ruang jualan di Amcorp MALL Petaling Jaya dan di bangunan MATRADE Kuala Lumpur. Bagi mereka yang berminat untuk menjadi rakan niaga MANIES, boleh menghubungi Norhaja Masno di talian 019.728.4436 atau melayari web blog MANIES di http://manies-anies.blogspot.com/

Thursday, November 26, 2009

Produk Mee Kuning Cik Siti

Produk Mee Kuning yang dikeluarkan Cik Siti Sdn Bhd adalah bebas daripada e-coli. Ini berdasarkan kepada kajian makanan yang dilakukan oleh Permulab dengan mengambil sampel daripada kilang mee Cik Siti. Kajian ini penting bagi menjamin mee yang dikeluaran cik siti menepati piawaian makanan yang ditetapkan.
Kami telah mengambil langkah ini kerana kami ingin menjaga kualiti dan pemnawaran produk yang boleh memenuhi permintaan di pasaran. Jika dilihat mee kuning lain yang tahan lam sehingga seminggu walaupun tidak disimpan dalam peti ais sememangnya mee tersebut mempunyai tahap kandung bahan kimia atau bahan pengawet yang tinggi membolehkan mee bertahan lama.
Maka perlulah untuk menjaga kualiti mee kami ini disarankan kepada pengguna menyimpan di tempat yang sejuk dan dingin. Kebiasaan mee yang tidak mempunyai bahan pengawet hanya beberapa hari sahaja. Ia juga bergantung kepada kualiti semasa proses pembuatan mee tersebut.
****

Cik Siti Sdn adalah sebuah syarikat yang berdaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang ditubuhkan pada 2002 dan beroperasi perniagaan Mee pada awal tahun 2003 yang memberi tumpuan dalam bidang pembekalan makanan halal yang diproses oleh orang Melayu Islam seperti Mee Kuning, Kuey Teow, Tauhu, Fucuk dan Santan segar.
Sejak ditubuhkan Cik Siti Sdn Bhd. atau singkatan (CSSB) telah membekalkan 200 pemborong dan pengedar dengan mendapatkan kepercayaan pelanggan-pasar borong, kantin-kantin sekolah, peniaga-peniaga runcit, peniaga pasar malam, kedai makan dan pengusaha restoren yang melebihi 600 pengguna.

Jumlah pemborong/pengedar dan pelanggan yang semakin bertambah dari tahun ke tahun ini mengambbarkan tahap kepercayaan pelanggan terhadap kualiti barangan dan khidmat yang disempurnakan oleh CSSB. Kepercayaan yang sama juga diberi oleh pemborong-pemborong utama dan pengedar barangan untuk berganding bahu dan bekerjasama dengan CSSB.

Untuk membuat tempahan atau sebarang pertanyaan
sila hubungi kami di alamat:
CIK SITI SDN BHD (587924-U)
LOT 228D, BATU 16 SG. PLONG
47000 SUNGAI BULOH,
SELANGOR DARUL EHSAN
tel/fax:03-60382931
Email : meeciksiti@gmail.com

Sumber : http://meeciksiti.blogspot.com

Coco V & Hazelnut Chocolate Spread

Kami sedang giat mencari syarikat2/individu yang benar-benar berminat dan berkeupayaan untuk menjadi ejen/wakil pengedar seluruh Malaysia, termasuklah Sabah dan Sarawak bagi memasarkan produk coklat sapuan kami ini.
EJEN Coco V CHOCOLATE SPREAD DIPERLUKAN !!!ASA PALMILK (M) SDN BHD, sebuah syarikat (IKS Pembuatan) 100% milik penuh Bumiputeratelah memulakan operasi pengeluaran Cokelat Sapuan (Spread) untuk edaran dan jualan kepada para penggemar Cokelat Sapuan dan orang ramai khasnya pengguna/pembeli2 yang mencari produk2 keluaran Muslim. Buat permulaan, produk sulong kami ini dikeluarkan dalam 2 jenis perisa iaitu; Chocolate Milk Spread dan Hazelnut Chocolate Spread. Pembungkusan adalah dalam bentuk Botol PET "Wide Mouth Jar" dengan berat bersih 400g dan Ez Pek (Kips Cup) 10g. Produk ini dikeluarkan sendiri oleh pihak kami dan BUKAN melalui 'Contract Manufacturing'.
Untuk keterangan lanjut atau sebarang pertanyaan, pihak-pihak yang berminat bolehlah emel butir-butir pengenalan diri/syarikat ke http://my.mc762.mail.yahoo.com/mc/compose?to=palmilkfood@gmail.com atau terus hubungi kami:-
Hisham 012 - 547 3953 / Megat 012 - 454 9356.
CEPAT... JANGAN LEPASKAN PELUANG KEEMASAN INI. PULANGAN DAN PERKONGSIAN KEUNTUNGAN MENARIK MENANTI ANDA!!!

Hishamuddin Shaharom
Asa Palmilk (M) Sdn Bhd

Majlis Perundingan Koperasi ditubuh

Majlis itu bertujuan membantu kementerian dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) memperbanyakkan koperasi di peringkat akar umbi. Langkah ini selari dengan kempen yang akan kita mulakan awal tahun depan iaitu Mengkoperasikan Rakyat: Satu Komuniti Satu Koperasi. Kesemua majlis koperasi peringkat Parlimen akan diberi peruntukan sebanyak RM20,000 sebagai permulaan bagi tujuan pentadbiran dan aktiviti mempromosikan penubuhan koperasi di kawasan terbabit. MPK akan dianggotai oleh wakil-wakil koperasi, jabatan kerajaan dan SKM yang berada dalam sesuatu kawasan Parlimen itu.