Tuesday, December 1, 2009

Natures Own Brand, Pengeluar Produk Oat Tempatan


Natures Own Brand ditubuhkan pada April 1990, khusus dalam pembungkusan produk makanan kering dalam tin-tin timah, tin-tin komposit, kerajang-kerajang aluminium (PE, PET, & OPP) dan pakej-pakej fleksibel bentuk lain .
Bertempat di Sungai Petani Kedah, dengan tujuan menghasilkan produk yang selamat, baik, berkualiti tinggi dan sihat serta menyediakan perkhidmatan berkualiti tinggi dalam mencapai piawaian pembuatan diperingkat dunia, Natures Own Brand Sdn. Bhd. (NOB) ditubuhkan. NOB bermula dengan kontrak pembungkusan dan kini berbekalkan 17 tahun pengalaman, NOB Berjaya mencapai Standard Pembuatan Antarabangsa.
Produk utama yang dibungkus oleh NOB adalah oat, bijirin, campuran malt dan susu tepung.
Antara produk yang mendapat sambutan ramai ialah Mornflake Quick Oats, Mornflake Whole Grain Quick Oats, Mornflake Instant Oats, Mornflake Whole Grain Jumbo Oats, Mornflakes 4-in-1 Oat Cereal Drink, Mornflakes Muesli, Mornflake Crunchies dan Mornflakes Oats Porridge. Orang ramai boleh mendapatkan produk-produk ini di pasaraya berdekatan atau terus ke alamat No. 8, Fasa 4, Kawasan Perindustrian Sungai Petani, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman. Untuk maklumat lanjut sila layari http://www.naturesown2u.com.my/.

Sabun Minyak Kelapa Dara (VCO)

Minyak Kelapa Dara (VCO) ini diusahakan dan diperbuat oleh syarikat MM Minyak Masak Istimewa Enterprise, dan dipasarkan secara komersial mengunakan jenama KETARA.
VCO merupakan penemuan alaf baru yang dapat memanfaatkan rahsia tentang keunggulan pokok kelapa pelbagai fungsi. Di antara misteri keistimewaannya adalah ciri-ciri anti-virus, anti bakteria, anti oksida yang kuat, pemacu metabolisma tubuh dan mempunyai persamaan dengan susu ibu. VCO ini sangat sesuai untuk mereka yang ingin mengurangkan berat badan, risiko sakit jantung, penyakit diabetis, atau kencing manis, mengurangkan aras kandungan gula dalam darah serta sangat sesuai digunakan kepada mereka yang keletihan dan ingin cepat pulih atau mendapatkan tenaga dengan segera. VCO ini dikeluarkan dalam 3 bentuk iaitu Sabun, Minyak dan Balm.
Untuk mereka yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai VCO, boleh menghubungi pihak KETARA di talian (+6)09.697.1066 Encik Nazly Mohd Rejal

KETARA membantu usahawan IKS ke Global

KETARA telah mengumpulkan hampir 100 usahawan di bawah projek IAT yang mewakili pelbagai organisasi persatuan perniagaan atau individu. Melalui KETARA, usahawan tersebut hanya akan membekalkan produk dan pihak KETARA akan menguruskan pelbagai aspek dari segi pembungkusan yang menarik, pemasaran terancang dan penjenamaan yang komersial
Jabatan Pertanian Bersepadu Terengganu Utara (KETARA) merupakan salah satu jabatan di bawah Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani yang bertanggungjawab dalam membangunkan dan mepromosikan pelbagai produk keluaran usahawan kecil. Di bawah penjenamaa KETARA, pelbagai produk dari usahawan bawah IAT (Industri Asas Tani) dapat dipasarkan secara komersial dengan memperlihatkan kepada pengurusan pemasaran yang terancang. Melihatkan kepada usaha KETARA, tidak mustahil pelbagai produk tradisional dapat dikermosialkan secara meluas.
Kini, pihak KETARA telah mengumpulkan hampir 100 usahawan di bawah projek IAT yang mewakili pelbagai organisasi persatuan perniagaan atau individu. Melalui KETARA, usahawan tersebut hanya akan membekalkan produk dan pihak KETARA akan menguruskan pelbagai aspek dari segi pembungkusan yang menarik, pemasaran terancang dan penjenamaan yang komersial. Berdasarkan ini, pihak usahawan IAT tidak perlu risau kepada masalah pembungkusan, pemasaran, dan penjenamaan.

NISYA kilang MARUKU perisa udang


NISYA adalah jenama syarikat SUHASANA Enterprise yang diusahakan sejak 2002 beroperasi di Taman Impian Kota Sarang Semut Alor Setar Kedah. Syarikat yang mendapat kerjasama FAMA dan SIRIM ini, mempunyai kekuatan produk dan pemasaran. MARUKU jenama NISYA adalah produk yang dapat memberikan kelainan kepada penggemar-penggemar makanan kuih tradisional. Jika selama ini kita mendengar maruku hanya diminati kerana keranggupan dan berperisa daun kari, kini hasil produk NISYA anda akan nikmati bukan sahaja rangup, malah anda akan rasa udang yang dicampur ke maruku NISYA. Bukan sekadar MARUKU, produk ini membantu dalam meningkatkan kesihatan disebabkan kualiti yang dijaga dan tahap kandungan garam dan gula dikawal.
Bagi sebungkus produk NISYA, ia dijual pada harga runcit RM4. Selain jualan runcit, NISYA kini aktif dalam pemasaran di bahagian utara Semenanjung Malaysia melalui penyertaan pameran dan jualan di Pasar Tani anjuran FAMA Malaysia.
Bagi mereka yang ingin membuat tempahan atau berminat untuk menjadi rakan niaga NISYA, boleh menghubungi Pengurus Puan Ku Rokhaida di talian 017.468.6865