Tuesday, December 1, 2009

KETARA membantu usahawan IKS ke Global

KETARA telah mengumpulkan hampir 100 usahawan di bawah projek IAT yang mewakili pelbagai organisasi persatuan perniagaan atau individu. Melalui KETARA, usahawan tersebut hanya akan membekalkan produk dan pihak KETARA akan menguruskan pelbagai aspek dari segi pembungkusan yang menarik, pemasaran terancang dan penjenamaan yang komersial
Jabatan Pertanian Bersepadu Terengganu Utara (KETARA) merupakan salah satu jabatan di bawah Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani yang bertanggungjawab dalam membangunkan dan mepromosikan pelbagai produk keluaran usahawan kecil. Di bawah penjenamaa KETARA, pelbagai produk dari usahawan bawah IAT (Industri Asas Tani) dapat dipasarkan secara komersial dengan memperlihatkan kepada pengurusan pemasaran yang terancang. Melihatkan kepada usaha KETARA, tidak mustahil pelbagai produk tradisional dapat dikermosialkan secara meluas.
Kini, pihak KETARA telah mengumpulkan hampir 100 usahawan di bawah projek IAT yang mewakili pelbagai organisasi persatuan perniagaan atau individu. Melalui KETARA, usahawan tersebut hanya akan membekalkan produk dan pihak KETARA akan menguruskan pelbagai aspek dari segi pembungkusan yang menarik, pemasaran terancang dan penjenamaan yang komersial. Berdasarkan ini, pihak usahawan IAT tidak perlu risau kepada masalah pembungkusan, pemasaran, dan penjenamaan.

No comments:

Post a Comment