Tuesday, December 1, 2009

Natures Own Brand, Pengeluar Produk Oat Tempatan


Natures Own Brand ditubuhkan pada April 1990, khusus dalam pembungkusan produk makanan kering dalam tin-tin timah, tin-tin komposit, kerajang-kerajang aluminium (PE, PET, & OPP) dan pakej-pakej fleksibel bentuk lain .
Bertempat di Sungai Petani Kedah, dengan tujuan menghasilkan produk yang selamat, baik, berkualiti tinggi dan sihat serta menyediakan perkhidmatan berkualiti tinggi dalam mencapai piawaian pembuatan diperingkat dunia, Natures Own Brand Sdn. Bhd. (NOB) ditubuhkan. NOB bermula dengan kontrak pembungkusan dan kini berbekalkan 17 tahun pengalaman, NOB Berjaya mencapai Standard Pembuatan Antarabangsa.
Produk utama yang dibungkus oleh NOB adalah oat, bijirin, campuran malt dan susu tepung.
Antara produk yang mendapat sambutan ramai ialah Mornflake Quick Oats, Mornflake Whole Grain Quick Oats, Mornflake Instant Oats, Mornflake Whole Grain Jumbo Oats, Mornflakes 4-in-1 Oat Cereal Drink, Mornflakes Muesli, Mornflake Crunchies dan Mornflakes Oats Porridge. Orang ramai boleh mendapatkan produk-produk ini di pasaraya berdekatan atau terus ke alamat No. 8, Fasa 4, Kawasan Perindustrian Sungai Petani, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman. Untuk maklumat lanjut sila layari http://www.naturesown2u.com.my/.

No comments:

Post a Comment