Tuesday, December 1, 2009

NISYA kilang MARUKU perisa udang


NISYA adalah jenama syarikat SUHASANA Enterprise yang diusahakan sejak 2002 beroperasi di Taman Impian Kota Sarang Semut Alor Setar Kedah. Syarikat yang mendapat kerjasama FAMA dan SIRIM ini, mempunyai kekuatan produk dan pemasaran. MARUKU jenama NISYA adalah produk yang dapat memberikan kelainan kepada penggemar-penggemar makanan kuih tradisional. Jika selama ini kita mendengar maruku hanya diminati kerana keranggupan dan berperisa daun kari, kini hasil produk NISYA anda akan nikmati bukan sahaja rangup, malah anda akan rasa udang yang dicampur ke maruku NISYA. Bukan sekadar MARUKU, produk ini membantu dalam meningkatkan kesihatan disebabkan kualiti yang dijaga dan tahap kandungan garam dan gula dikawal.
Bagi sebungkus produk NISYA, ia dijual pada harga runcit RM4. Selain jualan runcit, NISYA kini aktif dalam pemasaran di bahagian utara Semenanjung Malaysia melalui penyertaan pameran dan jualan di Pasar Tani anjuran FAMA Malaysia.
Bagi mereka yang ingin membuat tempahan atau berminat untuk menjadi rakan niaga NISYA, boleh menghubungi Pengurus Puan Ku Rokhaida di talian 017.468.6865

No comments:

Post a Comment