Thursday, November 26, 2009

Majlis Perundingan Koperasi ditubuh

Majlis itu bertujuan membantu kementerian dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) memperbanyakkan koperasi di peringkat akar umbi. Langkah ini selari dengan kempen yang akan kita mulakan awal tahun depan iaitu Mengkoperasikan Rakyat: Satu Komuniti Satu Koperasi. Kesemua majlis koperasi peringkat Parlimen akan diberi peruntukan sebanyak RM20,000 sebagai permulaan bagi tujuan pentadbiran dan aktiviti mempromosikan penubuhan koperasi di kawasan terbabit. MPK akan dianggotai oleh wakil-wakil koperasi, jabatan kerajaan dan SKM yang berada dalam sesuatu kawasan Parlimen itu.

No comments:

Post a Comment