Thursday, November 26, 2009

Produk Mee Kuning Cik Siti

Produk Mee Kuning yang dikeluarkan Cik Siti Sdn Bhd adalah bebas daripada e-coli. Ini berdasarkan kepada kajian makanan yang dilakukan oleh Permulab dengan mengambil sampel daripada kilang mee Cik Siti. Kajian ini penting bagi menjamin mee yang dikeluaran cik siti menepati piawaian makanan yang ditetapkan.
Kami telah mengambil langkah ini kerana kami ingin menjaga kualiti dan pemnawaran produk yang boleh memenuhi permintaan di pasaran. Jika dilihat mee kuning lain yang tahan lam sehingga seminggu walaupun tidak disimpan dalam peti ais sememangnya mee tersebut mempunyai tahap kandung bahan kimia atau bahan pengawet yang tinggi membolehkan mee bertahan lama.
Maka perlulah untuk menjaga kualiti mee kami ini disarankan kepada pengguna menyimpan di tempat yang sejuk dan dingin. Kebiasaan mee yang tidak mempunyai bahan pengawet hanya beberapa hari sahaja. Ia juga bergantung kepada kualiti semasa proses pembuatan mee tersebut.
****

Cik Siti Sdn adalah sebuah syarikat yang berdaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang ditubuhkan pada 2002 dan beroperasi perniagaan Mee pada awal tahun 2003 yang memberi tumpuan dalam bidang pembekalan makanan halal yang diproses oleh orang Melayu Islam seperti Mee Kuning, Kuey Teow, Tauhu, Fucuk dan Santan segar.
Sejak ditubuhkan Cik Siti Sdn Bhd. atau singkatan (CSSB) telah membekalkan 200 pemborong dan pengedar dengan mendapatkan kepercayaan pelanggan-pasar borong, kantin-kantin sekolah, peniaga-peniaga runcit, peniaga pasar malam, kedai makan dan pengusaha restoren yang melebihi 600 pengguna.

Jumlah pemborong/pengedar dan pelanggan yang semakin bertambah dari tahun ke tahun ini mengambbarkan tahap kepercayaan pelanggan terhadap kualiti barangan dan khidmat yang disempurnakan oleh CSSB. Kepercayaan yang sama juga diberi oleh pemborong-pemborong utama dan pengedar barangan untuk berganding bahu dan bekerjasama dengan CSSB.

Untuk membuat tempahan atau sebarang pertanyaan
sila hubungi kami di alamat:
CIK SITI SDN BHD (587924-U)
LOT 228D, BATU 16 SG. PLONG
47000 SUNGAI BULOH,
SELANGOR DARUL EHSAN
tel/fax:03-60382931
Email : meeciksiti@gmail.com

Sumber : http://meeciksiti.blogspot.com

No comments:

Post a Comment